PETALING JAYA: Polis masih tidak menerima laporan daripada pelakon, Lufya Omar berhubung percubaan menculik anaknya yang didakwa terjadi di sebuah padang permainan di Kota Damansara di sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid sehubungan itu menasihatkan mangsa tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dibuat.
"Setakat ini kita masih belum menerima laporan sebagaimana dakwaan tersebut.
"Kami nasihatkan mangsa supaya segera tampil untuk membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Lufya menerusi satu hantaran Instagram miliknya pada Selasa mendakwa dirinya cedera akibat dipukul di bahagian kepala dan badan menggunakan kayu oleh seorang lelaki tempatan sekitar jam 4 petang.
BACA: Pelakon Lufya cedera di muka, bergelut dengan lelaki cuba culik anak
Katanya, walaupun mengalami kecederaan akibat serangan tersebut, Lufya berjaya melawan dan menyelamatkan dirinya serta anak perempuannya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 28 2022
Lufya menerusi satu hantaran Instagram miliknya pada Selasa mendakwa dirinya cedera akibat dipukul di bahagian kepala dan badan menggunakan kayu oleh seorang lelaki tempatan sekitar jam 4 petang. - Foto Instagram Lufyalaana
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 46 individu selesai diambil keterangan
Seramai 46 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes serangan Balai Polis Ulu Tiram, pada pagi Sabtu.
Raja Permaisuri Agong beri penghormatan terakhir kepada anggota polis terkorban
Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor bagi memberi penghormatan terakhir buat dua anggota polis yang terkorban.
4 nelayan Indonesia ditemui hanyut selepas bot karam dilanggar kapal kargo
Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob, seorang lagi mangsa masih hilang dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Khamis itu.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
AWANI Ringkas: FBM KLCI dijangka dipacu ke paras rintangan 1,620
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini
Menurut perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai.
Dr Hafiz terkejut Lufya Omar tuntut mutaah RM1 juta
Bekas suami kepada penyanyi Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menerima notis tuntutan mutaah berjumlah RM1 juta.
"Saya ada bukti..." - Lufya kecewa didakwa tak beri kerjasama pada polis
Pelakon Lufya Omar menafikan dakwaan dirinya tidak memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa ekoran insiden pergelutan dan cubaan menculik anak perempuannya, Laana Haura pada Jun lalu.
Cubaan culik: Polis minta Lufya bawa anak ke balai untuk rakam keterangan
Polis meminta penyanyi Lufya Omar, membawa anak perempuannya ke balai polis untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan cubaan menculik yang didakwa berlaku.
Polis tunggu kerjasama Lufya
Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan berkaitan insiden berkenaan masih dijalankan.
Lufya buat laporan polis, nafi dipukul bekas suami
Lufya nafi cuba buat drama atau mengada-adakan cerita dipukul lelaki tidak dikenali seperti didakwa netizen.
Anak hampir diculik, polis minta Lufya buat laporan
Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid sehubungan itu menasihatkan mangsa tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dibuat.
Suami enggan cerai, Lufya Omar terkejut
Penyanyi dan pelakon Lufya Omar terkejut selepas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum enggan menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.
Lufya jawab dakwaan perceraiannya disebabkan suami gay
Lufya tangkis dakwaan jahat suaminya gay
Lufya Omar diceraikan menerusi WhatsApp
Lufya Omar sudah diceraikan oleh suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Baharum menerusi aplikasi WhatsApp sejak minggu lalu.